Thursday 20 December 2012

 KACANG BENDI hasil anjuran PEKAWANIS kini telah mengeluarkan hasil untuk dikutip setiap hari..


YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah bergambar kenangan bersama penasihat dari IFD Consult 

Tuesday 11 December 2012

Kacang bendi Puan Asmah membanggakan..

Sayur kacang mengeluarkan hasil dari projek Puan Halimah

 Isteri En Khairul bangga projeknya tidak memerlukan keringat yang jauh dari rumah..
 Cabaran Puan Nurliza ialah tanah berpaya, namun projek ini tiada masalah..

Pokok Nurain kini tak berhenti mengeluarkan hasil..

Puan Suryani menjual hasilnya setiap hari dalam paket kecil bernila seringgit dua..
LIHAT HASILNYA...SEKARANG!
Projek Puan Rohani menghasilkan 4kg kacang bendi setiap hari..

Kacang bendi yang kini sudah membenihkan hasil..setiap hari!

 Ini pokok Puan Rusmawati Kg Delek hasil usaha kerajinan sendiri..
 Percambahan kacang bendi Pn Hafizah bertambah dengan penggunaan baja tambahan setelah penghasilan pusingan pertama..
 Projek Hafizah telah hampir sebulan mengeluarkan hasil setiap hari sebanyak 1-2 kg sehari..
Kacang bendi Nurlela..sudah menghasilkan pendapatan setiap hari...

Friday 16 November 2012

SEKITAR KURSUS LAMAN DAPUR KUMPULAN 1 SISTEM PENGAIRAN TITIS..






Sunday 28 October 2012

KANDUNGAN KURSUS

Cara Penyediaan Baja Kompos di rumah

Bagaimana mengguna aplikasi baja hidroponik bagi tanaman Pertanian Alam


Saturday 27 October 2012

KURSUS LANJUTAN 
MUSIM PERTAMA
akan diadakan seperti berikut;

SABTU 10 NOVEMBER, 2012

DEWAN MEGAWATI, 
Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, 
Jalan Permata 7/1, Shah Alam, Selangor

Masa: 10 pagi hingga 3 petang

SIAPA PATUT HADIR
Peserta Projek Pengairan Titis Laman Dapur yang dipaparkan dalam blog ini seperti berikut:

PESERTA KUALA SELANGOR: Puan Hafizah, Puan Sapura, Puan Kamaliah, Puan Danijah, Puan Saleha, Puan Halimah, Puan Letchumi, Puan Nurain

PESERTA KUALA LANGAT: Puan Suryani

PESERTA KAPAR: Puan Rusmawati, Puan Sharifah, Puan Rehani, Puan Nurlizah

PESERTA HULU SELANGOR: Puan Salamiah

PESERTA GOMBAK: Puan Asmah

PESERTA PUCHONG: Puan Norlela

PESERTA SELAYANG: Puan Nurlina

PESERTA KOTA RAJA: En Khairul


Wednesday 24 October 2012

Seramai 18 orang peserta Projek Laman Dapur anjuran PEKAWANIS dengan tajaan Geran SelangorKu kini telah dijejaki..Hari ini YABhg Puan Sri Salbiah telah melawat 3 lagi kawasan Parlimen berasingan --Kuala Langat, Kapar dan Hulu Selangor. Nyata projek ini amat diminati kerana mudahnya sistem penyelenggaraan bagi kaum wanita yang sibuk dengan kerjaya maupun sebagai surirumah.

Projek pengairan titis konsep Pertanian Alam  ini diharap dapat menambah pendapatan keluarga atau pun mengurangkan bajet perbelanjaan dapur keluarga.

Dalam masa sebulan, projek ini akan mula melahirkan usahawan kecilan dikalangan suri serata Negeri Selangor.

 Puan Suryani di Kg Seri Cheeding Banting
 Pokok Bendi Puan Rehani di Cerakah Jaya amat segar tumbuhnya
 Puan Rehani gigih mengusahakan tanaman sekeliling rumah menambah pendapatan keluarga melalui konsep pertanian alam..

 Gambar kenangan Puan Rehani dan YABhg Puan Sri Salbiah dan Dr Zainul konsultan projek Laman Dapur anjuran PEKAWANIS
 pandangan indah di lembah ini..
 Antara hasil kegiigihan Puan Rehani
 Puan Salamiah berjaya membuktikan tanah bukan kekangan untuk menjayakan projek Laman Dapur ini..
 Kesemua 250 polibeg diatur sekeliling rumahnya di Kalumpang Hulu Selangor
Antara bunga-bungaan yang terdapat di rumah peserta projek Laman Dapur, bunga setawar..juga mengandungi keajaiban herba semulajadi..

Wednesday 17 October 2012

Projek Laman Dapur Puan Nur'ain..
 Nur'ain menanggung anak kecil yang mengalami masalah sakit jantung dan seorang anak "Down-Syndrome" berusia 10 tahun..sambil mengusahakan projek ini..
 Hiasan laman okid yang indah..

Disekitar laman projek Laman Dapur Puan Sapura..




Ada Kolam Ikan patin....!!!





Jika tiada gangguan, sayur kacang bendi Puan Hafizah akan berbunga dan berbuah dalam masa seminggu dua lagi..

Sekitar lawatan projek Laman Dapur Puan Letchemi Bestari Jaya..
Bunga Melor...!
Sayur Terung..!

Nyata sekali ibu ini gigih sekali! Laman rumahnya dipenuhi tanaman pelbagai!
Sayur pegaga...!!
Ikuti siri lawatan YABhg Puan Sri Salbiah ke projek Laman Dapur Puan Asmah di Gombak hari ini..




 YABhg Puan Sri Salbiah dan YBhg Puan Aliza yang melawat projek Puan Asmah kelihatan berpuas hati dengan tanaman yang baru siap di semai benihnya..