Wednesday 26 September 2012

Siap untuk disemai benih!
YABHG Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut turut sama membantu memasang "dripper" bersama anak-anak peserta Pn Nurlina..jumlah 250 unit sekejap saja bila berat sama dipikul!
Hari ni pasukan Laman Dapur hadir menyiapkan sistem pengairan Puan Nurlina di Kundang!



Tuesday 25 September 2012

BORANG PERMOHONAN DAN SYARAT PENYERTAAN PROJEK LAMAN DAPUR
Kembalikan borang yang telah ditandatangan kepada emel berikut :> pekawanis@yahoo.com


Monday 24 September 2012

Siap satu sistem teknologi tinggi untuk tanaman Norlela dari PEKAWANIS!
Peserta Laman Dapur ini  juga menjual arnab menambah pendapatan keluarga...
YABhg Puan Sri Salbiah bersama-sama membantu memasang dripper peserta Laman Dapur semalam
Lengkap drip system dipasang tengahari tadi disaksikan sendiri oleh YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut, isteri YAB Dato' Menteri Besar Negeri Selangor
Hari ini, pasukan Laman Dapur pergi memasang Sistem Pengairan Laman Dapur peserta Puchong, Norlela

Berita Laman Dapur di Selangor Kini di..
http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/09/Selangorkini-September-4-2012.pdf

dan di SELANGOR KU website..
http://www.selangorku.com/?p=14801

Wednesday 19 September 2012

Apa kata Puan Sapura kepada TV Selangor selaku peserta...?

Apa kata peserta..?? Teruja tentunya...ikuti temubual mereka di TV Selangor...
Puan Lachemi..seorang Surirumah ..



Campuran CILI+CUKA sebagai penghalau serangga . CILI ini juga sedap dimakan dengan mee goreng atau mee bandung dsbnya..

Peserta diajar membuat PENGHALAU SERANGGA yang "eco-friendly" tanpa penggunaan RACUN perosak. 

CARAnya:
Rendam cili padi/cili biasa dalam air cuka. Selepas 3 hari, ambil sedikit dan campurkan dengan air biasa dan masukkan kedalam botol semburan seperti diatas..

Harapan kami...hasil nanti seperti ini...:-D



LANGKAH 5: Rendam sebentar polibeg kedalam air sebelum semai benih..


LANGKAH 4: Sambung "dripper" dan cucukkan ke dalam polibeg campuran baja kompos..

LANGKAH 3: Sambung paip saliran..


LANGKAH 2: Pasang valve pada paip..

Cara-cara memasang paip pengairan titis..

LANGKAH 1
Lubangkan paip untuk membuat sambungan  untuk salur air ke  barisan-barisan polibeg.

Sekitar Taklimat projek TEKNOLOGI PENGAIRAN TITIS Laman Dapur anjuran PEKAWANIS

YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut, isteri YAB Dato' Menteri Besar Selangor berkongsi tips dan harapan..

Projek Pengairan Titis yang amat "eco-friendly"


Puan Hafizah peserta perintis Laman Dapur yang gigih sejak 2009..

Peserta projek mendengar taklimat dengan khusyuk..