Wednesday 27 March 2013

Lawat Tapak Projek Kumpulan Pertama_Ain

Ain di Ijok telah memulakan tanaman  musim kedua , baru selesai menyemai benih cili. Kami sempat meninjau tapak projek yang diselenggara dengan baik..

Kursus Kumpulan Kedua_Belia DUN Ijok

Peserta Kumpulan Kedua dari kalangan belia Ijok mendengar kata-kata semangat YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut pada awal kursus ketiga Kumpulan Kedua pada hujung minggu lepas.

Sunday 17 March 2013

PERANGKAP SERANGGA

Kaedah PERTANIAN ALAM tidak meracun serangga tetapi hanya memerangkap serangga. Salah satu kaedah yang digunakan ialah dengan membuat perangkap mudah diatas.

CARA:
Isi buah manis seperti betik untuk menarik serangga kedalam botol dengan baunya. Setelah masuk serangga akan tidak berupaya keluar. Ganti buah setelah baunya hilang.

CILI CUKA SEBAGAI PENGHALAU SERANGGA

Air cili cuka ini boleh dijadikan semburan penghalau serangga.

CARA PENYEDIAAN..

Rendam cili padi sebanyak segenggam kedalam sebotol cuka dan peram selama seminggu. Setelah seminggu, boleh di ekstrak air cuka saja sebanyak satu bahagian dan dicampur kepada 40 bahagian air, dan masukkan kedalam botol semburan seperti diatas untuk mengelak pijar pada tangan.

Semburan pada daun dan batang pokok tidak merbahaya kerana ia bukan mengandungi racun. Gunakan ia setiap hari sebelum serangga mula menyerang pokok.

Cili pula boleh dimakan dengan resipi mee hidangan anda! Selamat Mencuba

PENYEDIAAN BENIH

PENYEDIAAN BENIH

Benih biji kacang di semai kedalam medium peat moss yang telah dibasahkan dalam pasu kecil seperti diatas. Tutup kedap dengan surat khabar lama yg juga telah dibasahkan dan di simpan di bawah tempat berbumbung selama 48 jam.

Setelah benih keluar, alihkan surat khabar dan biarkan selanjutnya sehingga keluar dua helai daun seperti diatas. Anak benih ini sudah sedia dialih kedalam polibeg berisi kompos dan tanah "topsoil" yang disediakan terlebih awal.

KURSUS PESERTA DUN SELAT KELANG

Alhamdulillah, pagi tadi berlangsung satu lagi Kursus Laman Dapur, kali ini bagi peserta DUN Selat Kelang Kumpulan Kedua . Kursus diadakan di Pusat Wanita Berdaya Kg Delek dihadiri seramai 10 peserta serata DUN. Pada akhir kursus, kesemua telah berjanji akan berusaha bersungguh untuk menjayakan misi Laman Dapur anjuran PEKAWANIS tajaan Geran SelangorKu.


Gambar peserta DUN Selat Kelang di akhir kursus tengahari tadi di PWB Kg Delek.

Peserta khusyuk mengikuti penerangan dan taklimat..petanda baik!

Tn Hj Hatta memberi penjelasan bergambar dan demonstrasi praktikal..

Penerangan bagaimana mengadun baja kompos sebagai persediaan menanam..


Thursday 14 March 2013

LAWATAN TAPAK PESERTA KEDUA_SG LUI, HULU LANGAT

Mak Enon sedang menyediakan baja kompos sebagai langkah pertama persediaan set fertigasi pengaiaran titis ini. Hadir bersama ialah YB Dr Che Rosli dan isteri bersama Ahli Majlis dan Ketua Kampung

Baja kompos juga perlu dicampur sedikit tanah "top-soil" sebelum di semai benih

Cadangan tapak Laman Dapur Mak Enon..


Nenas madu Josepine antara tanaman yang diusahakan Mak Enon di keliling rumahnya..

YABhg Puan Sri Salbiah berkesempatan menyantuni seorang warga emas yang tinggal disitu
YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat juga hadir bertanya khabar

LAWATAN TAPAK PERTAMA _KAJANG

YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah membantu menanam benih kacang peserta di Surau Taman Sri Kenari Kajang pagi tadi sambil dibantu ahli qariah surau Puan Nab

Din peserta belia gigih ingin membantu menjana pendapatan untuk membantu dana surau di Taman Sri Kenari, Kajang. Beliau merupakan seorang siswa pengajian Masters Degree di sebuah Universiti Tempatan.

Jiran dan Jawatankuasa surau turut hadir memberi sokongan..



Satu set Sistem Fertigasi Pengairan Titis sedia dipasang oleh Din dengan sokongan J/K Surau TSK

Benih kacang panjang sudah bercambah dua helai daun sedia dipindah kedalam polibeg baja kompos

Perhatian dan sokongan masyarakat setempat projek ini penting dalam mencapai keberkatan..


Tuesday 12 March 2013

SEJARAH LAMAN DAPUR


Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor ditubuhkan pada September 2008 dan dipengerusikan sendiri oleh YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut selaku Yang DiPertua.

Dalam satu Karnival Wanita bulan Ogos tahun yang sama, PEKAWANIS telah mengambil bahagian dan memperkenalkan LAMAN DAPUR, tetapi dengan konsep yang agak sama dengan projek Bumi Hijau, tanaman konvensional di sekitar rumah.

Projek LAMAN DAPUR dilancar secara rasmi oleh YAB Dato' Menteri Besar pada Januari 2009, ciri Laman Dapur berkonsepkan tanaman herba seperti Limau Purut, Serai, Daun Kari tetapi masih bertujuan menjana pendapatan untuk menambah perbelanjaan dapur. Antara penduduk yang mendapat bantuan ini adalah masyarakat di Kuala Selangor, Hulu Langat, Sg Besar. Malangnya geran dari Jabatan Petanian ini dihentikan pada tahun 2010.

Pada akhir 2012, muncul satu konsep baru LAMAN DAPUR berkonsep PERTANIAN ALAM menggunakan Sistem Fertigasi Pengairan Titis anjuran GERAN SELANGORKU.

Seramai 18 peserta dari serata Selangor seperti Puchong, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Kapar mendapat manafaat projek ini. Kumpulan ini menanam Kacang bendi sebagai tanaman musim pertama. Jualan sehari mencecah 4 kilo bagi sesetengah peserta dengan pendapatan sekitar RM10-20 sehari.

Dengan permintaan yang bertubi, PEKAWANIS meneruskan Kumpulan Kedua dengan tambahan peserta kepada 40 orang, dengan tanaman Kacang panjang sebagai tanaman pilihan Musim ini. Kumpulan belia menjadi tumpuan kumpulan ini. Belia yang dipilih adalah dari Hulu Selangor, Ijok dan Hulu Langat seramai 20 orang. 20 lagi terdiri dari Ibu Tunggal dan Fakir miskin yang berminat menceburi bidang pertanian.

Selamat Berjaya Kumpulan Kedua!

LAMAN DAPUR KUMPULAN KEDUA 2013 KINI BERMULA

LAMAN DAPUR KUMPULAN KEDUA SISTEM PENGAIRAN TITIS KINI BERMULA...

Kumpulan Kedua LAMAN DAPUR sudah bermula. Kali ini PEKAWANIS memberi penumpuan kepada BELIA Selangor mencebur pertanian Sistem Fertigasi Pengairan Titis Konsep Pertanian Alam.

Kursus Pertama telah diadakan pada 2hb Mac, 2013 kepada kumpulan ini. Seramai 40 peserta dijangka akan mendapat manafaat dari Kumpulan Kedua ini. Nantikan perkembangan mereka di blog ini..


Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Seri Salbiah Pengerusi projek ini dan selaku Anggota Jawatankuasa Geran SelangorKu telah hadir menyuntik kata-kata semangat kepada para peserta projek pada kursus tersebut.


Para peserta bergambar kenangan bersama YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut pada akhir kursus