Wednesday 24 October 2012

Seramai 18 orang peserta Projek Laman Dapur anjuran PEKAWANIS dengan tajaan Geran SelangorKu kini telah dijejaki..Hari ini YABhg Puan Sri Salbiah telah melawat 3 lagi kawasan Parlimen berasingan --Kuala Langat, Kapar dan Hulu Selangor. Nyata projek ini amat diminati kerana mudahnya sistem penyelenggaraan bagi kaum wanita yang sibuk dengan kerjaya maupun sebagai surirumah.

Projek pengairan titis konsep Pertanian Alam  ini diharap dapat menambah pendapatan keluarga atau pun mengurangkan bajet perbelanjaan dapur keluarga.

Dalam masa sebulan, projek ini akan mula melahirkan usahawan kecilan dikalangan suri serata Negeri Selangor.

 Puan Suryani di Kg Seri Cheeding Banting
 Pokok Bendi Puan Rehani di Cerakah Jaya amat segar tumbuhnya
 Puan Rehani gigih mengusahakan tanaman sekeliling rumah menambah pendapatan keluarga melalui konsep pertanian alam..

 Gambar kenangan Puan Rehani dan YABhg Puan Sri Salbiah dan Dr Zainul konsultan projek Laman Dapur anjuran PEKAWANIS
 pandangan indah di lembah ini..
 Antara hasil kegiigihan Puan Rehani
 Puan Salamiah berjaya membuktikan tanah bukan kekangan untuk menjayakan projek Laman Dapur ini..
 Kesemua 250 polibeg diatur sekeliling rumahnya di Kalumpang Hulu Selangor
Antara bunga-bungaan yang terdapat di rumah peserta projek Laman Dapur, bunga setawar..juga mengandungi keajaiban herba semulajadi..

No comments:

Post a Comment