Tuesday 12 March 2013

SEJARAH LAMAN DAPUR


Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor ditubuhkan pada September 2008 dan dipengerusikan sendiri oleh YABhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut selaku Yang DiPertua.

Dalam satu Karnival Wanita bulan Ogos tahun yang sama, PEKAWANIS telah mengambil bahagian dan memperkenalkan LAMAN DAPUR, tetapi dengan konsep yang agak sama dengan projek Bumi Hijau, tanaman konvensional di sekitar rumah.

Projek LAMAN DAPUR dilancar secara rasmi oleh YAB Dato' Menteri Besar pada Januari 2009, ciri Laman Dapur berkonsepkan tanaman herba seperti Limau Purut, Serai, Daun Kari tetapi masih bertujuan menjana pendapatan untuk menambah perbelanjaan dapur. Antara penduduk yang mendapat bantuan ini adalah masyarakat di Kuala Selangor, Hulu Langat, Sg Besar. Malangnya geran dari Jabatan Petanian ini dihentikan pada tahun 2010.

Pada akhir 2012, muncul satu konsep baru LAMAN DAPUR berkonsep PERTANIAN ALAM menggunakan Sistem Fertigasi Pengairan Titis anjuran GERAN SELANGORKU.

Seramai 18 peserta dari serata Selangor seperti Puchong, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Kapar mendapat manafaat projek ini. Kumpulan ini menanam Kacang bendi sebagai tanaman musim pertama. Jualan sehari mencecah 4 kilo bagi sesetengah peserta dengan pendapatan sekitar RM10-20 sehari.

Dengan permintaan yang bertubi, PEKAWANIS meneruskan Kumpulan Kedua dengan tambahan peserta kepada 40 orang, dengan tanaman Kacang panjang sebagai tanaman pilihan Musim ini. Kumpulan belia menjadi tumpuan kumpulan ini. Belia yang dipilih adalah dari Hulu Selangor, Ijok dan Hulu Langat seramai 20 orang. 20 lagi terdiri dari Ibu Tunggal dan Fakir miskin yang berminat menceburi bidang pertanian.

Selamat Berjaya Kumpulan Kedua!

No comments:

Post a Comment